.

.

Sunday, 14 December 2014

Tips : Telefonku hilang !!!!


Assalammualaikum...pembuka bicara. Dah lama sangat tak update blog nie...almaklumla..dah dekat2 hujung tahun 2014 dan nak masuk 2015, sibuk dengan internal audit...external audit...dan dalam sibuk2 tu la...Allah nak uji hambanya....SMARTPHONEKU HILANG!!!!...








Entry kali ni, bukan nak cerita perihal macamana telefon tu boleh hilang...tapi nak share info on tentang apa yang perlu dibuat sebelum telefon atau tablet anda hilang...bagi mengurangkan impak kehilangannya kepada anda, sekiranya ia terjadi. Alhamdulillah, Allah nak bagi banyak ilmu baru untuk dipelajari dan seterusnya untuk dikongsi dengan orang2 sekeliling...termasuklah anda yang sedang membaca...melalui pengalaman saya kehilangan smartphone...


Tips No 1. Simpan no IMEI smartphone anda. 

AMARAN: Jangan simpan dalam smartphone punya notebook plak.sbb kalau telefon tu hilang, hilangla jugak no IMEI tu.

Nombor IMEI????...apakah gerangannya itu...untuk dapatkan maklumat lanjut tentang IMEI number boleh rujuk di sini. Mesti rasa pelikkan, nak buat apa simpan no IMEI. Tujuannya, andai kata smartphone kita dicuri, dengan menggunakan no IMEI nie, pemilik telefon boleh menyekat penggunaan telefon tersebut oleh si "pengambil" itu. Caranya ialah dengan melaporkan kehilangan telefon anda kepada service provider telefon tersebut, kemudian, berikan number IMEI tersebut untuk tujuan menyekat penggunaan telefon tersebut. Dengan berbuat demikian, pemilik boleh menyekat "pengambil" dari menggunakan telefon tu untuk tujuan calls dan juga penggunaan data plan...tapi telefon tersebut masih boleh digunakan sekiranya ada wifi connection...kesimpulannya...telefon masih boleh digunakan tapi untuk internet via wifi sajala....



Tips No 2 : Download applikasi password untuk Android.

Kalau anda menggunakan I-Phone, rasanya memang dah readily ada software untuk unlock guna password. Tapi untuk peranti yang guna android, kenala download dari google play software untuk tujuan tersebut. Sesetengah software password itu akan autodelete all content dalam peranti itu, apabila kena hack or password salah selepas beberapa cubaan. Masa nak download software tu, tengokla apa features dia, yang paling penting, telefon takleh nak diunlock without password, unless si "pengambil" tersebut format balik peranti tu...bila dah format balik, telefon or tablet tu...maksudnya semua maklumat kita yang ada dalam tu akan turut hilang...so insya allah...selamatla...terutama photo2 kita...Dengan adanya software nie...insya allah maklumat peribadi kita yang ada dalam telefon tu akan terpelihara.

Dengan menggabungkan tips no 1 & 2, insya allah...selain dari rasa sayang sbb hilang telefon tu...tapi kita tak susah hati sgt la...sbb info2 rahsia tu...tak akan terdedah...for me...saya cuma boleh dapat kelebihan dari tips no 1, itu pun nasib baik sbb masih simpan kotak telefon tu...yang tips no 2, tak pernah pulak terfikir nak buat sebelum ni...sbb tu kadang2 rasa sayang sgt2 sbb ada bnyk gambar2 anak2 dlm tu...namun alhamdulillah...tak penah pulak amik gambar yg "kurang sopan" dgn telefon tu...


Tips No 3 : Download software untuk trace location android

Macam tips no 2, kalau anda menggunakan I-Phone, rasanya memang dah readily ada software untuk locate kat mana telefon tu kalau dicuri. Tapi untuk peranti yang guna android, kenala download dari google play software untuk tujuan tersebut. Ada macam2 software yang ada untuk tujuan nie, anda cuma perlu rajin untuk browse mana yang sesuai dengan keperluan anda. SElain boleh bagi kedudukan telefon anda, ada yang boleh padam memory secara remote dan macam2 lagi. Antara software yang famous, Android Device Manager, Find my phone and Locate my phone. 


Insya allah, kalau diberikan rezeki oleh Allah untuk beli smartphone baru, tiga2 benda nie akan segera dibuat selepas beli...so that banana don't fruits two times...(pisang tak berbuag dua kali)...hahaha... untuk anda yang masih ada telefon tu...buatla tips2 nie...insya allah...apa yang saya alami...takkan anda alami...

Ok, rasanya itu je tips yang dapat dikongsikan...insya allah..kalau ada lagi..nanti di top up kemudian...

No comments:

Post a Comment