.

.

Monday 20 October 2014

La Tahzan : Kebahagiaan Dibina...Jangan Dicari...




Dok saja2..kadang2 terpikir...kita selalu mendengar ungkapan "mencari bahagia"...dan pada masa yang sama...tak pernah pulak dengar ungkapan "membina bahagia"...Pada pendapat sesetengah orang, dua ungkapan ini mempunyai makna yang lebih kurang sama...yang membezakan cumalah termnya sahaja...tapi pada saya...banyak bezanya...hehehe...konon2 kritikal thinking la tuu...

Tapi, macam yang selalu pakar2 motivasi katalah, sebenarnya dengan pengulangan perkataan yang kita buat sehari-hari, secara separa sedar...kita telah menghantar signal kepada EQ kita dan dalam kes ni...secara tak sedar...kita dah set kan kepada emosi kita yang bahagia itu perlu dicari...sedangkan sebenarnya TIDAK....disebabkan kesilapan inilah kita sering menemui kebuntuan di dalam "mencari" erti kebahagiaan yang sebenar....dan akhirnya kita mudah patah hati dalam mengharungi cabaran kehidupan ini...



Bila sebut "mencari"...mestilah kena ada ciri2 yang telah ditetapkan...macam mencari jodoh...mestilah kena ciri2 jodoh yang diinginkan...contohnya tidak merokok...tidak tinggal solat...dan sebagai...sama la juga dgn kebahagiaan...klu kita sebut "mencari" mesti la ada ciri2 kebahagiaan yang kita dah bayangkan dalam fikiran kita nie...contoh paling tipikal bahagia ialah duit banyak, rumah besar, anak comel...dan sebagainya...betoi tak..????...bila kita dah set kan dalam minda kita yang untuk bahagia kita kena ada ciri2 nie...secara tidak sedar...sebenarnya kita telah mengenakan syarat kepada diri kita untuk bahagia...

Kebahagiaan yang bersyarat (bak kata Prof Muhaya) bukanlah kebahagiaan yang sebenar...sbbnya...sekiranya syarat ini tak dipenuhi...maka kita mudah jadi stress...rasa tak bahagia...lagi2 kalau syarat yang kita tetapkan itu diluar kawalan kita...seperti rezki dan jodoh...atas sebab yang sama juga lah orang boleh hilang pertimbangan dan juga arah tuju apabila dia kehilangan "syarat2" untuk bahagia ini...contohnya kita meletakkan bahagia itu ke atas duit yang banyak...jadi bila ditimpa masalah...duit semakin berkurangan...kita akan mula merasa stress...sbb kita bimbang..kalau tak ada duit...kita tak akan bahagia....



Berlainan dengan "membina" bahagia...tidak dinafikan, nak bina sesuatu..mestila kena ada spesifikasi juga...bukan main buat je...tapi spesifikasi yang diletakkan itu adalah berdasarkan sumber yang sedia ada...contohnya, nak buat rumah yang boleh diduduki...ada modal RM200k, so spesifikasi rumah kenalah cukup2 dgn budget yang ada...boleh je kalau nak lebih budget pun...tapi tercapaikan maksud untuk diduduki itu?...

Dengan "membina" kebahagiaan kita sendiri...kita tidak akan meletakkan syarat2 yang di luar kawalan kita untuk bahagia...kita boleh bahagia dengan cara kita sendiri...setiap orang mempunyai nilai2 kebahagiaan yang berbeza dan kita tak boleh nak paksa orang untuk meletakkan nilai kebahagiaan yang sama seperti kita. Kenalpasti sumber yang kita ada disekeliling kita yang boleh membahagiakan kita...sebaik2nya bina bahagia dengan berbekalkan diri sendiri...dengan itu...kita akan lebih menghargai diri dan menjaga kesihatan diri...supaya kita bahagia selalu...dan seboleh-bolehnya, sandaran hati jangan diletakkan sesama makhluk...kerana makhluk itu bersifat sementara...hanya Dia yang kekal abadi...

Hehehe...akhir kata untuk posting kali ni...Binalah kebahagiaan anda bermula dari kelebihan yang Dia kurniakan pada kita. Lebih mudah "membina" bahagia dari "mencari" bahagia...Bila cari...tak tentu lagi jumpa...dan tidak berpenghujung...tapi untuk bina...bila2 pun boleh dimulakan sedikit demi sedikit...kebahagiaan adalah suatu perjalanan...bukannya destinasi...


No comments:

Post a Comment