.

.

Tuesday 23 December 2014

SENARAI BARANGAN DI MOJIE'S SHOPPE


Setelah lebih kurang tiga bulan Mojie's Shoppe berblog, berikut adalah senarai barangan yang masih dijual di sini, mengikut kategori.

Makanan Dan Minuman Halal (Mendapat Persijilan Halal JAKIM) 

  1. I- Mukmin Cheezy Wedges Powder
  2. Susu Halib's
  3. E-Man Koko

Sunday 14 December 2014

Tips : Telefonku hilang !!!!


Assalammualaikum...pembuka bicara. Dah lama sangat tak update blog nie...almaklumla..dah dekat2 hujung tahun 2014 dan nak masuk 2015, sibuk dengan internal audit...external audit...dan dalam sibuk2 tu la...Allah nak uji hambanya....SMARTPHONEKU HILANG!!!!...








Entry kali ni, bukan nak cerita perihal macamana telefon tu boleh hilang...tapi nak share info on tentang apa yang perlu dibuat sebelum telefon atau tablet anda hilang...bagi mengurangkan impak kehilangannya kepada anda, sekiranya ia terjadi. Alhamdulillah, Allah nak bagi banyak ilmu baru untuk dipelajari dan seterusnya untuk dikongsi dengan orang2 sekeliling...termasuklah anda yang sedang membaca...melalui pengalaman saya kehilangan smartphone...

Wednesday 5 November 2014

BARU : CHEEZY WEDGES POWDER (HALAL)



Mojie's Shoppe terus komited dalam usaha mencari dan memperkenalkan produk HALAL keluaran BUMIPUTRA....

I-Mukmin Cheese Powder adalah cara paling mudah untuk menikmati cheezy wedges di rumah...


Monday 20 October 2014

La Tahzan : Kebahagiaan Dibina...Jangan Dicari...




Dok saja2..kadang2 terpikir...kita selalu mendengar ungkapan "mencari bahagia"...dan pada masa yang sama...tak pernah pulak dengar ungkapan "membina bahagia"...Pada pendapat sesetengah orang, dua ungkapan ini mempunyai makna yang lebih kurang sama...yang membezakan cumalah termnya sahaja...tapi pada saya...banyak bezanya...hehehe...konon2 kritikal thinking la tuu...

Wednesday 15 October 2014

La Tahzan : Hanya Perkara Baik Berlaku Pada Orang Baik....


First time dengar quote nie masa tengok rancangan Always a Traveller... featuring Mizz Nina sebagai subjek...this was quoted by Ustazah Yasmin Mogahed...masa tu memang betoi2 tersentuh dengan kata2 ni...fikiran tersentak...naluri baru tersedar tentang kesilapan diri selama ini and since then...terus pegang kata2 nie and Alhamdullilah...sangat2 membantu dalam melihat sudut yang lebih positif dalam semua aspek kehidupan...

Selama ini, tanpa disedari... kita telah menjalani kehidupan dengan berbekalkan pengertian yang salah tentang "perkara baik @ nikmat" dan "perkara buruk@bala"...disebabkan kita salah dalam menafsirkan ... dua perkara penting ini...maka kita selalu saja gagal mengawal diri dan selalu menyalahkan takdir apabila diuji dengan sesuatu...dan masa tu akan timbullah persoalan dalam fikiran.."kenapalah perkara buruk terjadi pada orang baik"...sedangkan yang sebenarnya..."Tiada perkara buruk akan menimpa orang baik"....

Tuesday 14 October 2014

Pangkor Oh Pangkor...Part 2: Marina Island Resort


Macam dijanjikan..dalam post kali ni nak crita sket pasai Marina Island Resort, tempat yg kami naik feri ke Pangkor last week.

 Marina Island Resort ni terletak dekat2 dgn Kuarters TLDM. Dari traffic light simpang empat utama yg memisahkan lumut, seri manjung, teluk batik and Ipoh tu...amik direction Teluk batik....terus...sampai simpang tiga ke Teluk Batik...kat simpang tiga teluk batik tu...jgn turn...terus je...dari situ dah boleh nampak kat sebelah kiri...ada tiang tinggi tulis Marina Island Resort...insya allah tak miss punyalaa...

Sunday 12 October 2014

Pangkor Oh Pangkor...Part 1: Dari Alor Setar ke Marina Island Resort


9 Oktober 2014.

Pada hari ini, tujuh tahun lepas, Nur Fatin Irdina Binti Syaiful Khairy selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah. Sempena dengan Ulangtahun perkahwinan yang ke-10, tema sambutan birthday anak2 tahun nie ialah cuti-cuti malaysia...so untuk birthday Fatin...destinasinya ialah Pulau Pangkor...percutian 3 hari 2 malam..

So nak citer sket...kenangan manis, masam and payau sepanjang trip ke Pangkor...Perjalanan bermula seawal pukul 10 pagi dari Alor Setar. Singgah Maha Klinik, amik ubat untuk anak2 and hubby...spare je...in case kat sana nnt demam ke selsema ke..dah ada back up..bukan senang dik oii nak cari klinik kat tempat orang nie...tambah2 plak kat pulau kecik cam Pangkor tu...silap2 tak dak langsung klinik 24 jam cam kita kat darat nie...pastu plak...kita ni kan melancong...bukan bawak keta...mana la nak cari klinik malam2 klu budak2 demam...hehehe...so...gedebak gedebuk...dkt2 pkl 11 baru la betoi bertolak ke pangkor...

Wednesday 8 October 2014

Kelebihan Susu Halib's


Alhamdulillah...selepas Darwisy minum susu Halib's nie, memang perasan yang Darwisy dah banyak berubah. Dulu kalau jumpa kawan2 dari nursery yang sama, Darwisy akan tunduk malu2 je kalau kawan2 panggil nama...tapi sekarang...sambil2 berjalan turun dari nursery, dia yang rajin dok menyapa kawan2...bercakap pun dah banyak...karenah pun rasanya dah kurang sket dari dulu...apa2pun...dengan izin Allah, banyak perubahan dan perkembangan positif yang dapat di lihat selepas Darwisy minum susu Halib's.

Harga memang la mahal sket dari susu formula biasa, sebab Halib's 500gram pun dan RM28.00, susu lama Darwisy dulu...1000g baru RM23.90...mula2 bimbang gak la nnt lari budget untuk kegunaan anak2 kalau Darwisy minum susu mahal nie...tapi Alhamdulillah...budget anak2 tak ada terganggu pun...perasan yang Darwisy..kalau minum susu nie, dia tak minum banyak kali...mungkin sebab kandungan dia yang mengenyangkan kot...berbanding susu sebelum nie...apa2pun segalanya adalah atas izinNya.

Disebabkan berpuas hati dengan produk nie, so nak share la antara kelebihan lain Susu Halib's nie untuk perkongsian bersama....semoga dapat memberi manfaat...

# Jom Tukar, Jom Halal #

Susu Halib's
  • Susu Halibs adalah berasaskan susu lembu 
  • Susu Halib's adalah produk keluaran bumiputera Islam alternatif kepada susu yang ada di pasaran dengan formulasi makanan sunnah.

KELEBIHAN SUSU HALIB'S

  1. Susu Halibs diproses di bawah Amalan Pengilangan Islam (IMP). Antara amalan yang terdapat pada pengilangan:
  • Semua staf/operator dalam keadaan berwuduk
  • Perhimpunan setiap pagi untuk bacaan doa, asmaul husna, doa syifa' dan tazkirah
  • Sesi kelas membaca Al Quran bagi staf/operator
  • Alunan audio zikir sepanjang pemprosesan produk
  • Menutup aurat, berkopiah bagi lelaki
  • Staf/operator perempuan yg dalam keadaan haid diasingkan dari bahagian pemprosesan produk
  • Amalan solat sunat dhuha setiap hari dan solat fardhu secara berjemaah di kilang
  • Kilang sentiasa dalam keadaan bersih
   2. Susu Halib's mempunyai kandungan serat (kurma,kismis) yang tinggi dan mempunyai prebiotik semulajadi, manna/gum arabic acacia. Unsur serat dan prebiotik ini membantu sistem usus/penghadaman bertindak dengan lebih baik, melawaskan dan dapat mengelakkan sembelit atau cirit-birit. 

* Sumber dari http://susuhalibsistimewa.blogspot.com

Saturday 4 October 2014

GUNAKAN PRODUK YANG BERSIH DAN SUCI

Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam merangkumi kebersihan lahiriyah dan juga kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh-badan sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya untuk beribadah. Oleh demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang mereka gunakan pada badan mereka sama ada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis. Kewujudan produk najis di badan menghalang sahnya ibadah di samping pemakainya tidak disukai oleh Allah dan para malaikat. Allah berfirman;
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang sentiasa mensucikan diri (dari kekotoran dan najis)”. (al-Baqarah: 222)
Allah menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa ia menyukai orang yang suka bertaubat dan membersihkan diri. Maka mafhum mukhalafah (yakni pemahaman sebaliknya) dari ayat tersebut ialah; orang yang banyak melakukan dosa dan tidak menjaga dirinya dari najis dan kekotoran, ia akan dibenci oleh Allah.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan; “Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Hadis riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). Telah disepakati (atau diijmakkan) oleh para ulamak bahawa bersuci yang menjadi syarat sahnya solat itu merangkumi bersuci dari najis di samping bersuci dari hadas. Oleh demikian, memakai atau membawa produk-produk yang diperbuat dari najis atau yang mempunyai unsur-unsur bahan najis dalamnya akan menyebabkan tidak sahnya solat.
Bersuci batiniyah pula ialah dengan mengelak dari terjerumus dalam dosa termasuk dalam hal makan-minum. Menikmati makanan yang haram atau tidak HALAL merosakkan batin seseorang kerana ia telah melakukan dosa kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;
أَيـُّمَا عَبْدٍ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنَ السُّحْتِ وَالرِّبَا فَالنَّارُ أَوْلَى بـِهِ
“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”. (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
* sumber dari www.islamituindah.my
Di Mojie's Shoppe, kami menawarkan pelbagai produk kegunaan harian yang memenuhi tuntutan syarak dari segi kebersihannya malahan telah mendapat pengiktirafan HALAL dari Jakim. Insya Allah, kami tidak akan berhenti di sini, Mojie's Shoppe akan terus mencari dan mengenal pasti produk2 HALAL lain untuk diketengahkan untuk kemaslahatan ummah. Untuk senarai penuh produk yang ditawarkan di Mojie's shoppe klik di sini.

Friday 3 October 2014

Jom Boikot...Jom Tukar...Demi Palestin...Demi Syria...

Ntah kenapa...tapi hati ni begitu kuat mengatakan disebalik apa yang sedang berlaku di Syria...dalangnya adalah ZIONIS LAKNATULLAH...saban hari...kita melihat kekejaman dengan kekejaman yang sedang berlaku di bumi Syam...biarpun pada masa sekarang, Palestin kelihatan "aman"...namun hakikatnya...rakyat palestin terus ditindas oleh ZIONIS...

Demi Palestin...Demi Syria...
marilah sama2 kita menyumbang sebanyak yang mampu...

Demi Palestin...Demi Syria...
marilah sama2 kita hadirkan mereka dalam doa2 kita sebanyaknya....

Demi Palestin...Demi Syria...
marilah sama2 kita BOIKOT PRODUK ZIONIS....

Mungkin kita tak mampu nak mengangkat senjata untuk membantu Palestin...untuk membantu Syria...tapi kita mampu nak menyumbang...kita mampu nak berdoa...kita mampu nak boikot...mari kita berjuang dengan cara kita sendiri....

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!







Di Mojie's Shoppe, kami menawarkan produk2 HALAL keluaran muslim yang bermutu dan berkualiti yang mampu menandingi jenama2 luar yang ada antaranya merupakan penyumbang utama kepada regim Zionis. Untuk senarai produk yang ditawarkan di Mojie's Shoppe, sila klik di sini.

Selamat Datang Ke Mojie's Shoppe

HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman.

Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;

طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)

Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.

* sumber dari www.islamituindah.my
Terpanggil dengan tuntutan agama, di samping bertujuan untuk memudahkan mereka yang sememangnya sentiasa mencari-cari produk kegunaan harian yang halal, MOJIE'S SHOPPE menawarkan produk2 kegunaan harian yang bukan sahaja "dikatakan" sbg halal kerana dikilangkan oleh muslim...tp sememangnya "HALAL" dengan pengiktirafan JAKIM.
Produk HALAL memang sudah banyak di pasaran, tapi mungkin disebabkan kekurangan promosi, kehadiran mereka kurang disedari. Oleh itu, semoga dengan adanya MOJIE'S SHOPPE ini, kami dapat mengenengahkan produk2 HALAL lagi SUCI...supaya...TIADA LAGI KERAGUAN....
Bersempena dengan Hari Wukuf di Padang Arafah untuk tahun 1435H, secara rasminya MOJIE'S SHOPPE mula berblogging.