.

.

Wednesday, 15 October 2014

La Tahzan : Hanya Perkara Baik Berlaku Pada Orang Baik....


First time dengar quote nie masa tengok rancangan Always a Traveller... featuring Mizz Nina sebagai subjek...this was quoted by Ustazah Yasmin Mogahed...masa tu memang betoi2 tersentuh dengan kata2 ni...fikiran tersentak...naluri baru tersedar tentang kesilapan diri selama ini and since then...terus pegang kata2 nie and Alhamdullilah...sangat2 membantu dalam melihat sudut yang lebih positif dalam semua aspek kehidupan...

Selama ini, tanpa disedari... kita telah menjalani kehidupan dengan berbekalkan pengertian yang salah tentang "perkara baik @ nikmat" dan "perkara buruk@bala"...disebabkan kita salah dalam menafsirkan ... dua perkara penting ini...maka kita selalu saja gagal mengawal diri dan selalu menyalahkan takdir apabila diuji dengan sesuatu...dan masa tu akan timbullah persoalan dalam fikiran.."kenapalah perkara buruk terjadi pada orang baik"...sedangkan yang sebenarnya..."Tiada perkara buruk akan menimpa orang baik"....


Peristiwa yang paling dekat dihati sekarang ialah serangan Israel ke atas Palestin pada bulan Ramadhan dan Syawal yang baru saja berlalu...saban hari...ada saja berita...gambar yang sangat2 menyiat hati...terasa ketat sungguh dada...tak penah langsung gagal utk mengalirkan air mata tiapa kali melihat kesengsaraan orang Palestin...Alhamdulillah...dengan berpegang kepada kepercayaan "Tiada perkara buruk akan menimpa orang baik"...maka hati jadi lebih tenang...fikiran jadi lebih objektif...


Rupa2nya selama ini kita telah salah mentafsirkan "perkara baik @ nikmat" dan "perkara buruk@bala" pada kita...apa saja perkara yang menjauhkan kita dari kebahagiaan di dunia nie...dikira "perkara buruk@bala"...dan apa saja perkara yang sebaliknya adalah "perkara baik @ nikmat" ...di situla punca segala permasalahan ini...kita meletakkan pergantungan makna itu pada "Dunia" semata...sedangkan tujuan akhir hidup kita ialah "Akhirat"...

Dari kaca mata "Akhirat"..."perkara baik @ nikmat" adalah apa saja perkara yang berlaku yang lebih mendekatkan kita kepada Pencipta dan "perkara tak baik @ bala" adalah  apa saja perkara yang berlaku yang lebih menjauhkan kita daripada Pencipta...

Kehilangan orang yang kita sayang...pada kacamata kita sekarang...kematian sudah tentu adalah perkara yang buruk...tapi sedarkah kita...bila berlaku kematian...tambahan pula orang yang sangat2 rapat dengan kita...kita akan tersedar bahawa kematian itu akan datang pada bila2 masa sahaja...dan tak mengira siapa dan kedudukannya...kita juga akan sedar bahawa matlamat akhir hidup kita adalah untuk bertemu denganNya...dan dengan itu kita akan lebih mendekatiNya...oleh itu kehilangan ini sebenarnya adalah perkara baik yang menimpa kita...

Mendapat durian runtuh dari perniagaan, dari sudut definisi kita sekarang...duit banyak tentulah perkara baik...sebab bnyk nikmat dunia boleh dicapai dengan adanya duit...tapi kalau duit itu menyebabkan kita lebih jauh dariNya maka sebenarnya ia adalah perkara buruk @ bala yang menimpa kita...saya kata perkara buruk... kerana ia akan menyebabkan kita semakin jauh dari Syurga...dan semakin menghampiri neraka....

Kejadian yang menimpa Palestin telah membawa kita lebih dekat kepadaNya...kita meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada bantuan Pencipta kerana pada masa tu kita sedar...tiada kuasa di dunia ni yang mampu membantu Palestin hanya Dia sahaja...mungkin tanpa kita sedari, semakin hari...kita semakin jauh dari Dia...dan peperangan Palestin tu adalah bertujuan untuk menyedarkan kita dari kealpaan kita selama ini...and that's what happen to me...Alhamdulillah....terima kasih padaNya...

Kesimpulannya, tidak semestinya perkara yang nampak baik itu baik untuk kita, dan perkara yang tak baik itu tak baik untuk kita....semuanya bergantung kepada definisi kita tentang "perkara baik" dan juga "perkara buruk"...kalau kita mentafsirkan "perkara baik @ nikmat" dan "perkara buruk@bala" dari perspektif "Akhirat"...maka kita akan lebih tabah dan tenang dalam menghadapi segala dugaan kehidupan...so akhir kata, marilah kita sama2 redefine the meaning of "Good Things" and "Bad Things"...










No comments:

Post a Comment