.

.

Friday, 3 October 2014

Selamat Datang Ke Mojie's Shoppe

HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman.

Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;

طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)

Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.

* sumber dari www.islamituindah.my
Terpanggil dengan tuntutan agama, di samping bertujuan untuk memudahkan mereka yang sememangnya sentiasa mencari-cari produk kegunaan harian yang halal, MOJIE'S SHOPPE menawarkan produk2 kegunaan harian yang bukan sahaja "dikatakan" sbg halal kerana dikilangkan oleh muslim...tp sememangnya "HALAL" dengan pengiktirafan JAKIM.
Produk HALAL memang sudah banyak di pasaran, tapi mungkin disebabkan kekurangan promosi, kehadiran mereka kurang disedari. Oleh itu, semoga dengan adanya MOJIE'S SHOPPE ini, kami dapat mengenengahkan produk2 HALAL lagi SUCI...supaya...TIADA LAGI KERAGUAN....
Bersempena dengan Hari Wukuf di Padang Arafah untuk tahun 1435H, secara rasminya MOJIE'S SHOPPE mula berblogging.

No comments:

Post a Comment