.

.

Saturday 20 January 2018

UMMI & LUQMAN : WINKIDZ PROGRESS REVIEW

Minggu ni, adalah minggu kedua Luqman menjalani EIP (Early Intervention Program) di Winkidz Alor Setar. Selalunya tengahari, Ummi yang jemput Luqman dari sekolah dan hantar ke Winkidz, waktu petang balik Babah yang jemput. Arrangement ini ok je...melainkan untuk hari Khamis. Sebabnya, laporan perkembangan akan diberikan oleh therapist yang menjaga Luqman pada setiap hari Khamis. Minggu lepas, babah yang datang ambik Luqman, so biasalah...sebab therapist tu perempuan, so depa segan lah sikit dengan babah luqman. Jadi, untuk minggu ni, memang dah plan nak pi jemput Luqman so that boleh discuss dengan cikgu dia on his progress.



Ini piramid pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak belajar mengikut peringkat perkembangan. Skill di bahagian bawah mesti di perolehi terlebih dahulu sebelum kanak-kanak mula belajar skill-skill yang berada di atas pyramid... kerana makin ke atas skill tersebut makin sukar dan memerlukan kebolehan kognitif / berfikir yg lebih tinggi...selalunya kalau kanak-kanak ada masalah delay, kita perlu lihat ada tak skill-skill dibawah piramid yang masih lagi anak-anak tak dapat kuasai atau pun belum lengkap... fokus kepada skill tersebut dan start pengajaran semula untuk skill yg tertinggal...

Masa assessment yang dibuat mula-mula dulu, Luqman ada dua masalah utama berdasarkan piramid pembelajaran kanak-kanak. Iaitu Luqman ada masalah vestibular dan visual. So sepanjang, dua minggu Luqman di sini, aktiviti-aktiviti yang dirangka untuk Luqman adalah untuk improve dua masalah ini. 

Secara generalnya memang Luqman dah ada improvement dalam skill visual dia. Dulu mula-mula bila cikgu buat aktiviti menyambungkan chain, dia tak boleh ikut susunan dengan betul. Pastu bila bagi puzzle yang mudah pun tak boleh buat dalam masa yang ditetapkan. Tapi sekarang Luqman dah boleh buat puzzle...tapi cuma puzzle yang ada frame, kalau puzzle yg tak ada frame, dia akan nampak clueless. Lepas tu, aktiviti chains Luqman pun dah semakin baik. Dia dah boleh tiru pattern-pattern yang cikgu tunjukkan. So cikgu suggest, untuk turut buat latihan yang sama di rumah. 



Maka bermulalah, proses pencarian di google. Mula-mula sekali, Ummi nak kena faham dulu, apa yang dikatakan masalah kelemahan visual. Bila cari guna keyword kelemahan visual memanglah tak jumpa, rupanya term yang betul ialah, visual perception ataupun persepsi visual. Alhamdulillah...sebab Luqman Ummi dapat belajar banyak benda baru.

Kalau ada kesempatan, bolehla share lebih lanjut on Visul Perception. Tapi bila dah tau keyword, nak cari pun senang dah

No comments:

Post a Comment