.

.

Tuesday 23 January 2018

UMMI & LUQMAN : BAGAIMANA NAK TAHU ANAK ANDA MEMPUNYAI MASALAH VISUAL PERCEPTION

Sejak Luqman menjalani terapi kat WinKidz nie, bila ada masa saja, memang cari bahan bacaan atau rujukan berkenaan masalah visual perception. Masa tengah dok godek-godek mr google, terjumpalah satu blog yang informatif dan mudah difahami dalam menerangkan masalah berkaitan visual perception. Harap-harap perkongsian ni memberi manfaat kepada Ibubapa yang sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak.


Sumber : https://www.mahfuzahzainol.com


πŸ“šVisual perception skills.

Sebenarnya kemahiran persepsi visual adalah kemahiran otak untuk memproses maklumat apa yang kita lihat untuk memberi arahan kepada anggota badan supaya memberi tindak balas yang betul (formal sangat ayat). πŸ˜…

Atau dalam bahasa Inggerisnya (memperkasakan bahasa Inggeris),

πŸ“ŒVisual perception is about brain processing of what we see and then directing our body to take action accordingly. πŸ“Œ

Kemahiran ini sangat penting untuk kanak-kanak.

Bagaimana nak tahu anak anda mempunyai masalah persepsi visual?

1️⃣ Kalau dia keliru konsep atas, bawah, dalam, luar, depan dan belakang, oh kiri dan kanan pun juga.

2️⃣ Kalau dia keliru huruf atau nombor yang seakan sama seperti, b dan d, o dan q, A dan 4, 2 dan Z dan macam-macam lagi.

3️⃣ Kalau dia selalu miss atau tertinggal perkataan yang dibaca atau ditulis.

4️⃣ Kalau dia selalu keliru arah dan direction. Haa, orang yang sukar membaca peta pun termasuk dalam kategori ini ya, tidak semestinya kanak-kanak sahaja. Hehe.

5️⃣ Kalau dia selalu miss out nombor ketika menulis kembali nombor tersebut di atas kertas. Biasa berlaku ketika menyalin dari papan putih ke buku atau menyalin semula nombor untuk membuat kiraan dalam buku latihan.


Impak masalah persepsi visual terhadap kanak-kanak adalah seperti berikut :
  • kesukaran dalam ingatan visual 
  • lambat untuk mula membaca 
  • kesukaran mengucapkan suku kata 
  • kesukaran atau sering terlambat / sering salah dalam menyalin penulisan dari papan hitam ke dalam buku 
  • kesukaran dalam visual ruang seperti kanan-kiri, saiz, atas ke bawah kesukaran dalam orientasi.
  • Tiada jarak atau spacing di antara perkataan semasa menulis.
  • Ketidakseimbangan menulis huruf - tinggi rendah dan saiz kecil dan besar yang tidak sekata.
  • Sering tertinggal huruf yang disalin. Contohnya, kereta menjadi kerta dan sebagainya.
  • Menulis huruf secara terbalik
  • Tidak boleh menulis di atas garisan - sering tersasar daripada garisan.
Kanak-kanak - kanak-kanak seperti ini benar-benar memerlukan bantuan dan sokongan dalam pembelajaran. Lebih baik jika ibu bapa dapat mengesan anak-anak mereka lebih awal sebelum memasuki sekolah. Perhatikan anak-anak kita, samada mereka memiliki ciri-ciri yang dinyatakan di sini, for early detection and early intervention. 😊😊😊

πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—


#tobeconfidentistobepblovers
#PBexpertsalorsetar
#PBbestselfrewards
#diabeccoffeealorsetar

No comments:

Post a Comment